Kenapa Mimilala Homestay dimulakan

Mimilala Homestay Shah Alam, Seksyen 7 - dekat dengan iCity dan UiTM. Anda pasti selesa

Sejarah permulaan Mimilala Homestay

Ianya bermula 3 tahun yang lalu ...

Kami sekeluarga kerap berjalan-jalan makan angin dengan kata lain libur-liburlah bersama-sama keluarga tercinta. Kekadang ke selatan tanah air, sesekali ke utara juga ke pantai timur negara. Kemana-mana kami pergi yang pada mulanya sering ke hotel-hotel terletak di bandar...untuk berubah angin kami juga menginap di homestay dan seangkatan dengan nya...

Pengalaman kami samada berada di hotel atau di homestay, ada masanya selesa dan masanya amat mengecewakan. Homestay atau tempat tinggal yang kami sewa kurang memuaskan. Susun atur homestay atau biliknya ok saja tapi banyak kali juga yang berbau hapak dan berhama... seperti sudah lama tidak berpenghuni atau diendahkan oleh pemiliknya.... ada bau lipas dan kebersihan yang mana kami sekeluarga tidak dapat menerimanya...

Dari frustration ini, kami tiba-tiba aje ingin memasuki bidang penyedian ruang atau bilik atau rumah penginapan yang selesa... Kami yakin pelanggan juga seperti kami risau kalau-kalau rumah yang disewa tidak selesa... keselesaan tempat semasa tinggal bersama keluarga waktu berlibur dan istirehat adalah amat-amat penting... kalau tidak, ianya akan spoilkan mood dan keseronokan yang sekian lama kita idamkan..

Insya Allah,

Dari pengalaman kami yang kurang enak itu, ianya telah mencabar kami untuk mewujudkan fasilitas yang selesa seperti mana yang kami mahu bila mana kami berlibur di luar kawasan kami. Motto kami BERSIH, SELESA, KOMBINI... itulah matlamat kami memasuki busines penginapan ini, kami gembira apabila melihat tetamu kami mampu tersenyum puas setelah berada di penginapan kami. Anda juga seperti kami, kepuasan anda adalah kepuasan kami.

Kepada yang belum datang kami mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan dan keluarga. Kepada pelanggan yang berulang kali menginap di homestay kami kami ucapkan ribuan terima kasih daun keladi. Terima kasih kerana sudi mengunjungan lagi.

Terima kasih,

Have a GOOD SLEEP!
Klik sini utk lawat website kami
MIMILALA Homestay
Homestay Shah Alam