Review Tune Hotel Jalan TAR

Assalamualaikum semua...

Lama saya tidak menulis kerana agak sibuk kebelakangan ini.

Minggu lepas saya ke Kuala Lumpur untuk menikmati suasana pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman. Sudah lama saya tidak kesana. Kali ni saya pergi bersama-sama anak-anak dan isteri saya. Suasana sungguh indah penuh dengan penjual-penjual pelbagai makanan.

Kami berjalan sepanjang-panjang pasar malam tu. Macam-macam yang telah menarik perhatian kami. Nasi birayani johor, ayam uncle bob sememangnya sedap. Putu bambu berasap-asap di atas kukusan. Wow menarik sungguh... cuma kita sediakan duitnya saja.

Malam tu kami menginap di Tune Hotel Jalan Tunku Abdul Rahman. Harga bilik berpatututan, untuk full package RM123. Kami just walk-in tanpa buat sebarang reservation awal. Kata receptionist tu kami boleh dapat RM88 sahaja kalau beli thru Agoda atau online... sebab kita tak perlu ambil full package.

Biliknya amboi bersih sekali. Sejuk dan nyaman.  Amenities nya pun agak menarik. Hotel bajetnya juga ada tempat santai untuk minum-minum kopi dan makan cookies - sangat selesa. Ada convenience store 7-Eleven di dalamnya tiada masalah untuk cari tidbits nak kunyah waktu malam-malam.

Ada bilik mesyuarat yang boleh memuatkan 10 orang - not bad. Juga ada tempat membaca buku - study room. Saya dan famili value this hotel - kecil tapi selesa. Semua public spaces nya sejuk dan nyaman. Di samping tu saya dan anak juga sempat sembahyang di surau Tune Hotel - ada tempat berwuduk bersebelahan surau.

Ini adalah pengalaman hotel bajet yang sangat baik. We give 9 thumbs ups.

Mimilala Homestay
hope we can own chain of hotels one day.